Sesi Persekolahan Malaysia 2023/2024

 

TARIKH BUKA SEKOLAH KPM SESI 2023 / 2024 

  KPM memaklumkan ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan 13 Mac 2023 untuk Kumpulan B itu bertujuan supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar. Berikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi persekolahan 2023 / 2024 untuk semua sekolah rendah dan menengah KPM di Malaysia.

 KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2023 / 2024

 

Senarai terkini dan info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan boleh diakses di www.moe.gov.my


Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Penggal 3 Sesi 2022/2023

 

NEGERI KUMPULAN A : Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah

Sesi Persekolahan : 1 Januari 2023 – 16 Februari 2023

Cuti Persekolahan : 17 Februari 2023 – 18 Mac 2023

NEGERI KUMPULAN B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

 


 

Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2023 / 2024

Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan ditambah cuti seminggu lagi bermula pada 13 Mac dan 12 Mac 2022 bagi seluruh sekolah KPM di Malaysia.

Ketetapan baharu KPM adalah seperti berikut:

  • Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
  • Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023

Tarikh ini adalah berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.

NOTA:

  • Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
  • Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan

sumber: facebook pendidik2u

 Kalendar Akademik Sesi 2023 / 2024 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran A dan Lampiran B di bawah:

 


 


Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2023 / 2024 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2023 / 2024 yang diumumkan oleh KPM.

 


 

 

Takwim Sekolah KPM Akan Kembali Kepada Januari

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini, tidak lama lagi.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa tidak perlu risau kerana kementeriannya sedang berusaha ke arah itu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun hadapan memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.

“Tidak dinafikan kita (KPM) banyak menerima permintaan supaya sesi persekolahan seperti sebelum ini (Januari) dapat dikembalikan semula.

“Jangan risau, kita akan balik semula (takwim persekolahan) kepada Januari, cuma pada ketika ini kita perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi berhubung perkara ini terlebih dahulu mengikut kepada Akta Pendidikan.

“Sebagai contoh jumlah hari bersekolah seperti dalam Akta Pendidikan hendaklah tidak kurang daripada 190 hari, disamping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A dan B,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

 


 

Sebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi sesi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Untuk makluman, takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri. (Rujuk takwim dalam lampiran di atas)

Jelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Penghasilan Logo dengan menggunakan Canva Pro ,tiada asas pun boleh guna

2 HARI LAGI BAKAL BERAKHIRNYA TAHUN 2022